Saturday 26 February 2011

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

* Jika anda ada penyakit kencing manis atau darah tinggi....berwaspadalah.
   Selalu berjumpa doktor untuk pengesanan awal penyakit ini.

KAEDAH RAWATAN HEMODIALISIS DAN CAPD

RAWATAN HEMODIALISIS (cuci darah)
Inilah cara rawatan dengan menggunakan mesin dialisis yang perlu dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Setiap kali rawatan adalah selama 4 jam. Kos bagi setiap kali rawatan adalah antara RM100 hingga RM200. Mesin ini berfungsi untuk membuang bahan kotoran dan air berlebihan dalam badan. Dializer digunakan sebagai bahan penapis menggantikan buah pinggang. Dua jarum dicucuk untuk mengeluarkan dan memasukkan kembali darah dalam badan. Sebelum pesakit boleh menggunakan mesin dialisis, satu pembedahan untuk menyambung urat arteri dan venus akan dilakukan. Pembedahan ini menyambung urat ini dinamakan Fistula. Selepas Fistula matang (anggaran 2 bulan) barulah pesakit boleh mencuci darah dengan menggunakannya. Sebelum itu, pesakit akan membuat hemodailisis melalui tiub yang dipasang di leher atau dikenali sebagai IJC. IJC tidak akan bertahan lama kerana senang dijangkiti kuman.


RAWATAN CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis)

Ia adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaeadah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumoh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.


Di dalam 'Continuous ambulatory peritoneal dialysis' (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialysis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.





KEDUDUKAN BUAH PINGGANG

Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.

PENGENALAN PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG

a)Pengenalan Penyakit

-Setiap orang mempunyai sepasang buah pinggang sebesar penumbuk berbentuk seperti kacang merah di kiri dan kanan tulang belakang dan terletak pada aras pinggang.
-Setiap satu buah pinggang mempunyai 1 juta sel refron berperanan membersihkan darah.Jika sel-sel ini hanya tinggal beberapa ratus sahaja maka fungsinya akan terjejas

-Tugas-tugas buah pinggang
-Mengawal imbangan asid/bes dalam badan
-Mengawal imbangan air dan elektrolit
-Mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik
-Mengeluarkan prostagladin dan hormon renin untuk mengawal tekanan darah
-Mengeluarkan enzim ‘eryhropoetin’untuk membantu pembentukan sel darah merah
-Mengawal penyerapan kalsium dari sistem penghadaman

b)Jenis-jenis Penyakit

-Akut (acute renal failure)-keadaan apabila fungsi buah pinggang terhenti secara sementara
-Kronik-apabila fungsi buah pinggang terhenti secara kekal dan tidak dapat dipulihkan hanya dengan pembedahan pemindahan buah pinggang.

c)Punca Penyakit/ Faktor Risiko

-Diabetes mullitus
-Penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan lemah jantung.
-Pielonefritis iaitu jangkitan kuman pada buah pinggang
-Saluran kencing tersekat akibat penyakit batu karang ataupun bengkak prostat.
-Keracunan dan alahan akibat pengambilan dadah,bahan kimia atau ubat-ubatan.
-Keturunan

d)Tanda-tanda/Simptom

-Darah dalam air kencing
-Rasa sakit dan perit ketika membuang air kencing
-Kerap kencing terutama pada waktu malam.
-Bengkak di bahagian tangan dan kaki.
-Sakit belakang terutama di bahagian pinggul
-Pening kepala

Saturday 19 February 2011

CERITA SHUE

Segalanya bagaikan baru saja berlaku. 2007..segalanya bermula. Aku telah disahkan mengidap kegagalan buah pinggang. Kedua-dua buah pinggang dah tak berfungsi. Aku koma 10 hari. Doktor bertungkus lumus cuma menyelamatkanku kerana kadar urea dalam darah dah 79. Orang normal cuma 4 sahaja. Patutlah suami dan keluarga aku cakap...aku meracau-racau macam orang kena rasuk....Bila dah sedar dari koma, aku mula menjalani Hemodailisis (orang panggil cuci darah). Masa inilah..abangku yang ketiga dah bagitau doktor..dia nak dermakan buah pinggang dia padaku...Ya Allah..besarnya pengorbanan abang Idie.