PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Halaman ini akan memberikan beberapa maklumat berkaitan pemindahan buah pinggang. Mungkin maklumat ini berguna bagi mereka yang bakal menjalani pembedahan ini.







APAKAH PEMINDAHAN BUAH PINGGANG?
Pemindahan buah pinggang adalah satu pembedahan yang dilakukan kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang. Buah pinggang baru akan digantikan untuk mengambil alih tugas membersihkan darah. 




ADAKAH PEMBEDAHAN PEMINDAHAN BUAH PINGGANG SATU EKSPERIMEN?
Tidak!! Selepas kejayaan pembedahan pemindahan buah pingang telah berjaya dilakukan pada tahun 1950 dan 1960, beribu-ribu pembedahan telah dilakukan dengan peratus kejayaan yang tinggi.
Pada 1975, pembedahan pemindahan buah pinggang telah dilakukan di Malaysia iaitu di Hospital Kuala Lumpur. Hingga sekarang telah lebih 400 pembedahan telah dilakukan.


ADAKAH PEMINDAHAN BUAH PINGGANG DILAKUKAN DI MALAYSIA?
Terdapat 1587 pesakit menjalani pemindahan ginjal yanag masih berfungsi sehingga 31/12/2004. Dari jumlah tersebut 25-30% adalah dilakukan di Malaysia.

Pusat pemindahan ginjal di Malaysia adalah seperti berikut :
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Selayang
  • Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya
Pemindahan ginjal adalah pilihan terbaik dalam rawatan gantian fungsi ginjal kerana ia mengembalikan kualiti hidup yang terbaik. Walau bagaimanapun ianya terhad dengan kesesuaian penderma yang masih hidup, penderma yang mati (penderma 'Cadavaric') dan status penyakit-penyakit lain dihidapi oleh penerima pemindahan ginjal.

ADAKAH PESAKIT YANG BERUSIA DAN MENGALAMI PENYAKIT LAIN BOLEH BERJAYA DALAM PEMBEDAHAN INI?
Ya. Pesakit yang telah berusia dan pesakit yang mengalami penyakit lain boleh menjalani pembedahan ini. Dalam kes ini, langkah berhati-hati dan perhatian yang lebih terperinci akan diberikan bagi memastikan pembedahan selamat dilakukan. Sila dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut.

ADAKAH PENDERMA YANG MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH BOLEH MENDERMAKAN BUAH PINGGANG KEPADA PESAKIT?
Ya, kadang kala. Penderma tersebut perlu menjalani beberapa ujian untuk memastikan tahap kesihatan yang baik dan sesuai untuk menderma kepada pesakit. Saudara yang mempunyai pertalian darah yang rapat seperti ibu bapa, abang, kakak, adik atau anak yang beusia antara 18 tahun hingga 60 tahun adalah digalakkan. Kebiasaannya, peratus kejayaan pembedahan dengan penderma bersaudara yang masih hidup adalah tinggi kerana bersesuaian dengan pesakit.

BAGAIMANA DENGAN PESAKIT YANG TIDAK  MEMPUNYAI SAUDARA  YANG SESUAI UNTUK MENDERMA?
Kebanyakan pesakit tidak mempunyai saudara yang sesuai untuk menderma buah pinggang. Walau bagaimanapun, pesakit ini boleh menerima buah pinggang daripada orang yang meninggal dunia dan buah pinggangnya sesuai untuk didermakan. Dikenali sebagai cadaveric donor. Biasanya cadaveric donor adalah orang yang telah mengisytiharkan bahawa dia ingin menjadi penderma organ semasa hayatnya.


BAGAIMANAKAH PROSEDUR PEMINDAHAN BUAH PINGANG DILAKUKAN?
Pembedahan pemindahan ginjal dilakukan di bawah bius umum. Ginjal yang tidak berfungsi dibiarkan sahaja sementara ginjal yang sihat dari penderma dipindahkan dibahagian abdomen penerima.

Sebelum pemindahan dijalankan penderma akan menjalani pemeriksaaan perubatan bagi memastikan beliau sesuai menjalani pembedahan dan mengurangkan komplikasi jangka panjang selepas pemindahan ginjal dilakukan.
Di Malaysia senarai menunggu untuk pemindahan Cadavaric terlalu panjang (8 hingga 10 tahun) disebabkan kurang penderma dari orang awam.