Saturday 26 February 2011

KAEDAH RAWATAN HEMODIALISIS DAN CAPD

RAWATAN HEMODIALISIS (cuci darah)
Inilah cara rawatan dengan menggunakan mesin dialisis yang perlu dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Setiap kali rawatan adalah selama 4 jam. Kos bagi setiap kali rawatan adalah antara RM100 hingga RM200. Mesin ini berfungsi untuk membuang bahan kotoran dan air berlebihan dalam badan. Dializer digunakan sebagai bahan penapis menggantikan buah pinggang. Dua jarum dicucuk untuk mengeluarkan dan memasukkan kembali darah dalam badan. Sebelum pesakit boleh menggunakan mesin dialisis, satu pembedahan untuk menyambung urat arteri dan venus akan dilakukan. Pembedahan ini menyambung urat ini dinamakan Fistula. Selepas Fistula matang (anggaran 2 bulan) barulah pesakit boleh mencuci darah dengan menggunakannya. Sebelum itu, pesakit akan membuat hemodailisis melalui tiub yang dipasang di leher atau dikenali sebagai IJC. IJC tidak akan bertahan lama kerana senang dijangkiti kuman.


RAWATAN CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis)

Ia adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaeadah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumoh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.


Di dalam 'Continuous ambulatory peritoneal dialysis' (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialysis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.